BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Isnin, Disember 13, 2010

Bile ikhlas...kite selamat


Tentera Islam di bawah pimpinan Panglima Musalamah bin Abdul Malik (Ipar khalifah Umar Abdul Aziz ) berjaya mengepung salah sebuah kubu terkuat tentera Rumawi. Namun mereka tidak Berjaya menembusinya. Kerana kubu Rumawi ini mempunyai pertahanan yang kuat. Oleh itu Musalamah mengarahkan agar digali sebuah  lubang yang menembusi kubu musuh bagi membolehkan tentera Islam menyerbu masuk ke dalamnya. Usaha ini memerlukan ketahanan dan keberanian. Segera Musalamah  mengumpulkan tenteranya dan meniup semangat jihad. Setelah itu ia berkata : Aku ingin salah seorang dari kalangan kamu seorang yang berani untuk menggali sebuah lubang dan masuk ke dalam kubu musuh. Kemudiannya hendaklah ia berusaha membuka pintu kubu ini. Semoga dengannya Allah memberi kemenangan kepada tentera Islam.

Seorang lelaki mara ke hadapan. Wajahnya dibaluti dengan kain. Tanpa berlengah ia menuju ke kubu musuh dan menggali lubang. Ia masuk ke dalam kubu dan berjaya membuka pintu kubu musuh. Tentera Islam yang berada di luar kubu terus menyerbu dan Berjaya mengalahkan musuh.

Malam itu, setelah mendapat kemenangan maka Musalmah pun  menyeru agar orang yang menggali lubang tadi tampil ke hadapan. Namun tiada sesiapa yang mengaku. Setelah digesa beberapa kali kedengaran seorang lelaki bersuara. Saya kenal penggali lubang itu tapi ia meminta saya sampaikan tiga syarat kepada tuan sebelum ia memperkenalkan dirinya.

Kata Musalamah “ Apakah syaratnya?”. Lelaki itu berkata “Pertama : Tuan jangan senaraikan namanya untuk diberikan kepada Khalifah. Kedua : Tuan jangan paksa dia untuk melakukan sesuatu dan ketiga Ia tidak mahu tuan bertanyakan namanya.

 Musalamah pun bersetuju dengan ketiga-tiga syarat tersebut. Maka lelaki itu sambil tersipu-sipu malu berkata: “Sayalah orangnya”.Sebaik selesai bercakap ia terus melenyapkan dirinya di sebalik kegelapan malam.

Semenjak hari itu Musalamah akan berdoa setiap kali selesai solat agar ia dibangkitkan pada hari kiamat kelak bersama dengan si penggali lubang tersebut.






Berkata Sheikh Ibnu Rajab :
Mati Su'ul Khotimah itu sebab ada kerosakan dalaman diri seseorang yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Dalam tafsir At Tobary,  Saidina Ali berkata  :
Jika seorang lelaki merasakan pengikat kasutnya lebih hebat dari pengikat kasut saudaranya maka ia termasuk dalam ayat yang tertera di atas.

0 comments: