BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Ahad, Disember 12, 2010

Kelebihan seseorang tidak sama dengan yang lain

Manusia itu sama sahaja. Tiada sesuatu yang membezakan mereka. Jika ada sesuatu yang membolehkan seseorang itu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan lebih mulia dari yang lain maka ia adalah disebabkan dari salah satu dari tiga keadaan.

Keadaan Pertama:

Makin tinggi kedudukan seseorang di sisi Allah semakin rasa takut padanya.

Sekeping papan tebal yang panjangnya dua meter telah dijadikan titi dan diletakan pada ketinggian 5 kaki. Seorang lelaki akan berjalan di atasnya dengan hati yang senang dan tiada rasa ketakutan. Ketinggian ditambah menjadi 10 kaki. Lelaki yang melaluinya akan merasa sedikit goyah dan berhati-hati. Ketinggian ditingkatkan menjadi 30 kaki. Lelaki yang sama akan melalui titi itu dengan rasa sangat takut dan amat berhati-hati. Ada perasaan gerun di dalam hatinya.

Keadaan Kedua :

Kekuatan dan kehebatan seseorang itu bergantung kepada istiqamahnya dalam melakukan ketaatan.

Satu jag air jika dipegang tidak akan terasa beratnya. Namun jika di pegang dengan cara yang sama dalam jangka masa yang lama akan menimbulkan cabaran. Mungkin dalam masa 5 minit sudah mula menimbulkan tekanan sedikit. apabila dipegang dalam jangka masa satu jam atau lebih akan menyebabkan kekejangan otot dan kesakitan.

Keadaan Ketiga :

Semakin sabar dan tabah menahan ujian semakin mendapat pertolongan dan kejayaan di sisi Allah.

Ada satu pertandingan yang pelik.Dua orang lelaki sama-sama meletakkan jari telunjuk dalam mulut yang lain. Bila wisel ditiup, masing-masing menggigit jari lawannya.Sehinggalah salah seorang menjerit dan mengaku kalah.Pemenangnya berkata : "sebenarnya aku sudah hampir putus asa dan mahu mengaku kalah, tapi aku mengambil keputusan untuk bertahan seminit lagi. Namun sebelum sampai tempoh seminit kamu sudah mengaku kalah".

0 comments: