BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Jumaat, Disember 24, 2010

Kenapa ada Cinta?


Setelah turun firman Allah diatas,maka seorang sahabat Nabi bernama Tsabit bin Qais Al Ansory mengesot perlahan-lahan ke belakang dari majlis Nabi SAW. Walaupun di dalam hatinya hanya Allah sahaja tahu betapa dalam cintanya pada Rasulullah. Ia keluar dari masjid dan pulang terus ke rumah. Semenjak hari itu beliau telah mengurung dirinya melainkan untuk menunaikan solat fardhu bersama Nabi SAW.

Sehinggalah Nabi yang mulia merasai ketiadaannya. Nabi pun bersabda : Siapa di kalangan kamu yang boleh dapatkan khabar berita tentang Tsabit?. Berkata seorang lelaki : "Saya ya Rasulullah".

Lelaki tadi menuju rumah Tsabit dan mendapatinya dalam keadaan murung bersedih dan sentiasa menundukkan kepalanya. lalu ditanya : Apa sebenarnya yang berlaku padamu wahai Aba Muhammad?.

" Buruk sekali". Jawab Tsabit.

"Kenapa pula?" tanya lelaki.

"Aku adalah seorang yang agak kasar. Dan seringkali suaraku ini lebih tinggi dari suara Nabi. Akhirnya turun ayat tersebut. Aku rasa-rasa seluruh amalanku telah musnah dihempas oleh Allah dan kini aku rasa aku adalah sebahagian dari ahli neraka!" jawab Tsabit beremosi.

Lelaki tersebut kembali kepada Nabi dan menceritakan perbualan beliau dengan Tsabit. Nabi bersabda : "Pergi kamu jumpa kembali Tsabit dan beritahu kepadanya : kamu bukan ahli Neraka bahkan kamu adalah sebahagian dari penghuni Syurga ".

Inilah berita yang paling menggembirakan Tsabit dalam seluruh hidupnya.Kerana kecintaan beliau pada Nabi adalah cinta yang tulen dan telah mendapat pengiktirafan dari Baginda SAW. Tapi kita, masih diulit cinta-cinta palsu.



0 comments: