BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Ahad, Mac 06, 2011

Bidadari ku

Salam penghormatan buat bakal bidadari hidupku insyaAllah,
Aku minta maaf kerana aku masih belum sempurna di mata dan hatimu,
Aku menulis catatan ini dengan sepenuh hati dengan berharap kau akan bace satu hari nanti,
Aku merasakan debaran hati yang tidak terhingga bila bersua dan bertemu denganmu,
Dengan jujur aku luahkan,aku merasa malu untuk berkata-kata denganmu,
Sejak sem 1,aku mengaku memang aku tak pernah tegur kau walaupun kita sekelas,
Aku tidak akan menegurmu kecuali bende penting yang kurasakan ku perlu bercakap denganmu,
Aku minta maaf,bukan kerana aku takut,bukan kerana aku dayus,
Tetapi kerana aku ingin menjaga ikatan ini biar bunga2 cintaku tidak habis dimamah masa,musnah dimamah usia,
Aku inginkan bakal-bakal hari indah menjadi yang terindah buat aku,
Dan seiring dengan itu,aku mahu menjaga syariat kerana menjaga dalam pergaulan adalah penting untuk satu perhubungan kekal,
Sekali lagi aku minta maaf,andai aku ada membuat hatimu sakit walaupun tanpa aku sedari,
Salam sayang buat bakal bidadariku :)

0 comments: