BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Ahad, Mac 06, 2011

Inilah kekasih


Suara yang kuat cukup membuat seoarang ayah bangkit dari nyenyak tidurnya. Ia mencari punca bunyi asing itu. Setelah puas ia mencari sesuatu di luar rumah. Ia mula mengesyaki sesuatu di dalam rumah. Ia masuk ke bilik anak-anak lelakinya. Semuanya sedang tidur.

Ia mengetuk bilik anak-anak perempuan . Apabila dibuka ia bertanyakan adakah ada kesemua anak-anak perempuannya. Rupanya salah seorang dari mereka tiada. Maka si ayah mengarahkan semua yang ada untuk mencari anak perempuannya yang hilang.

Semua tempat di cari. Namun masih tidak ditemui. Mereka bingung memikirkan ke mana pergi gadis yang baik dan solehah itu. Tidak pernah menderhakai orang tuanya apalagi melakukan perkara buruk.

Tiba-tiba mereka mendengar suara ibu menjerit kuat. Mereka pun bergegas ke lonteng rumah. sekujur tubuh kaku dalam keadaan bersujud. Ia telah kembali ke rahmtullah. Di sebelahnya Alquran dan tasbih.

Rupanya wanita muda ini menghabiskan malam2 akhir Ramadan bersama dengan Rabbnya hingga fajar. Oleh itu itu Allah menjemputnya di antara malam2 indah itu. Ia berjaya menambat kasih tuhannya. Dengan itu Allah menjemputnya dalam keadaan melakukan amalan yang paling hampir dengannya iaitu dalam keadaan sujud.

0 comments: