BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Khamis, Mac 03, 2011

Pandanglah yang halal,jagelah pandanganmu

Ibnu Mas'ud r.a. : Pada setiap pandangan itu ada habuan makanan bagi syaitan  .

Ibnu Abbas r.a. : Syaitan duduk pada golongan lelaki itu pada tiga tempat. Di pandangannya, hatinya dan kemaluannya.Dan ia menduduki tiga tempat pada wanita. Pada pandangannya, hatinya dan di belakangnya.

Ibnu Abbas mengulas pada ayat :"Dia mengetahui mata-mata yang khianat" ( Ghafir :19)
Ialah seorang lelaki yang apabila ada wanita berjalan di kalangan satu kaum, ia akan tundukkan pandangan, namun apabila tiada yang perasan lantas ia mencuri pandangan kepada wanita tadi.Jika ia takut ada yang perasan, ia menundukkan pandangan. Sesungguhnya Allah dapat melihat bahawa dalam hati lelaki itu keinginan untuk menilik aurat wanita tersebut.

Nabi Isa a.a. : Pandangan boleh membangkitkan syahwat. Cukuplah ia suatu kesalahan.

 Ma'ruf Al Khurkhi : Tundukkan pandangan kamu walaupun pada kambing betina"

 Zun Nun Misri : Beberapa pandangan menerbitkan kehampaan. Bermula dengan kekesalan dan berakhir dengan kehilangan.Barangsiapa yang akur dengan pandangan matanya akan mengikut kebinasaannya.

Ar Rabei' bin Khuthaim kebiasaanya menundukkan pandangan apabila ia melalui kawasan yang ada wanita. Hinggakan ada yang menyangka ia seorang buta.

Suatu hari Hasan bin Sinan keluar di pagi raya. Ketika balik semula ke rumah. isterinya bertanya : Berapa ramai perempuan cantik dapat kamu lihat hari ini? Ia menjawab : Demi Allah, Semenjak aku keluar hingga aku masuk ke rumah semula aku hanya melihat hujung jari kaki ku

Amru bin Murrah : Aku melihat seorang wanita dan tertarik dengannya. Akhirnya mataku hilang penglihatan. Aku harap itulah balasan dari perbuatanku.

Huzaifah r.a.:Barangsiapa yang mengamat-amati bentuk tubuh wanita di sebalik pakaiannya maka ia telah membatalkan puasanya.

Abu Hurairah berkata : Rasulullah bersabda : "Jika ada sesiapa yang mengendap rumah seseorang tanpa keizinan, maka kamu baling ia dengan batu kecil menyebabkan ia buta nescaya kamu tidak bersalah sama sekali."Hadis Sahih yang disepakati.

Sujak Al Karamany : Barangsiapa yang menjaga zahirnya dengan mengikut sunah,batinnya dengan bermuraqabah, menundukkan pandangan dari perkara yang diharamkan,mengawal diri dari mengikut syahwat dan makan makanan yang halal nescaya firasatnya pasti benar.

Al Hasan bin Mujahid : Tundukkan pandanganmu dari perkara yang diharamkan Allah nescaya kamu mewarisi kasih sayang Allah.

Abu Husain Al Warraq : Barangsiapa menundukkan pandangan dari perkara haram nescaya dia diwariskan oleh Allah Ilmu Hikmah di lidahnya dan diberi hidayah pada yang mendengar percakapannya.



Bala tidak menjaga mata dari perkara yang haram:
  1. Rosak hati
  2. Lupa Ilmu
  3. Terima bencana
  4. Lupa pada Allah dan Akhirat
  5. Hilang hak syarak pada mata yang mengintip rumah orang

Faedah menjaga mata : (Ibnu Qayyim r.h.a):
  1. Membebaskan diri dari rasa kekesalan
  2. Mewarisi cahaya di dalam hati dan memberi seri pada wajah
  3. Mewarisi firasat yang betul.
  4. Dibuka pintu ilmu
  5. Mewarisi kekuatan hati dan tidak goyah.
  6. Melahirkan rasa damai dan kegembiraan
  7. Menyelamatkan diri dari tawanan hawa nafsu
  8. Menutup satu pintu dari pintu neraka jahannam.
  9. Mencerdaskan akal dan menguatkannya
  10. Mengelakan hati dari godaan syahwat dan kelalaian
  11. Mendapat cinta Allah
  12. MewarisiIlmu Hikmah 
Kata ustazku : "Kalau ente jaga mata, nanti Allah kurniakan ente wanita yang pasti menjadi idaman ente"

0 comments: