BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Jumaat, April 29, 2011

harapanku

Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk sentiasa tersenyum,
tika hari-hari akhirku kian mendatang,
Agar aku dapat memberikan kegembiraan dan kelegaan,
kepada sesiapa sahaja termasuk keluarga dan rakan2,
semoga dengan ini,aku sentiasa diingati suatu hari nanti.

Khamis, April 28, 2011

Tabahlah wahai hati

Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya
daripada usaha ygn sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha
Ketika sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung jatuhnya air matamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu untuk bersama denganmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba
segalanya dan tidak tahu berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau pula makin berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan dengan lancar
dan kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
dipenuhi dengan ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu.
Ketika kau memilki tujuan untuk 
dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan
memanggilmu dengan namamu
Ingatlah bahawa dimana pun kau atau
ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar.


Rabu, April 27, 2011

Doa

Ya Allah,pabila  saatnya  Engkau  mempertemukan aku  dengan  orang   yang memiliki  tulang  rusukku, maka  Engkau  bukakanlah  pintu  hatiku  ini  untuk  mencintainya  dengan  sekadar  cinta  yang  telah  Engkau  tetapkan.  Berikan  daku  peluang  untuk  merasai  cintanya  dan  satukan  kami  dalam keredhaan  dan  cinta-Mu.

Andainya  ini  adalah  cinta,  Engkau  jadikanlah  perasaan  ini cinta  yang  Engaku  redhai.  Andai  perasaan  ini  adalah  haram,  Engkau  peliharalah  aku   daripada  teracun  olehnya.  Andai  antara  aku  dan  dia  ada  jodohnya,  maka  Engkau  permudahkanlah  jalanya  ya  Allah.

Isnin, April 25, 2011

Berdoalah agar dia menjadi milikmu~

Salam kehormatan kepade semua readers yg hadir meluangkan masa melayan blog yg xseberape ni,




"Sekiranya dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya maka peliharalah kami dengan batas-batas syariat, sekiranya dia bukan ditakdirkan untukku dan aku bukan ditakdirkan untuknya maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku"

Amin, insyaallah~ =)

Short post today, semoga siapa atau di mana orang yang kita doa-doakan itu diizinkan oleh Allah untuk menjadi pasangan kita suatu hari nanti dan berkongsi rasa dengan kita. Insyaallah~ 

Sabtu, April 23, 2011

Surat Adam untuk Hawa






SURAT ADAM UNTUK HAWA




Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan
keredhaan Allah swt.



Hawa, 



Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini.





Hawa,



Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan.





Hawa,




Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa, cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah.





Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?






Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini.






Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!






Hawa,




Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.





Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini.




Hawa,




Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan, aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!





Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?




Hawa, 




Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri? Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!




Hawa,




Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.
Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.




Firman Allah swt:


“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”



Hawa,



Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu.
Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan. Akhir kata ,ketahuilah, 



“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

Tips membuang rasa cinta,elak hati terlalai




1- Dekatkan diri dengan Allah, wujudkan link dengan Allah. Sebab, bila kita ingat Dia, bila kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita, kita akan takut untuk buat dosa. Sekaligus, keyakinan kepada Allah meningkat. Macam mana nak wujudkan link dengan Allah?
- baca ayat-ayat cinta dari-Nya, (al-Quran), baca tafsir faham makna, latih diri bangun qiam (untuk tambahkan kekuatan hati), sentiasa ingat kepada Allah dan perkara sewaktu dengannya.



Apabila kita dekat dengan Allah, kita kerap ingat kepada Dia, insyaallah, hati kita takut berbuat dosa.




2- Tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama, dekati majlis-majlis ilmu (yakni taman-taman syurga). Jangan biarkan kita jahil ilmu agama. Walaupun kita ada master PHD dalam bidang lain contohnya, ia tetap tidak bererti andai anda tak ada ilmu agama. Maka, seimbangkan.





3- Tanamkan keyakinan bahawa Allah penyusun takdir yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kalaupun dia bukan jodoh kita, misalnya dah tahu dia ni berpunya, dah bertunang, katakan kepada diri bahawa ada seseorang yang lebih baik di hadapan anda. Setiap takdir yang berlaku ke atas kita, ingatlah, bahawa itulah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tetapkan. So, jangan kecewa! =)




4- Berkumpul dengan orang-orang soleh. Beritahu kepada kawan terdekat anda yang paling soleh/solehah/thiqah (pendek kata yang boleh dipercayai menyimpan rahsia anda). Peranan kawan-kawan yang soleh solehah ini tadi, akan sentiasa menasihati anda, jika anda sedang cuba-cuba untuk menghubungi dia, sengaja mencipta ‘ukhuwah’ (saya akan terangkan dalam entry akan datang CINTA ANA-ENTI-CINTA ISLAMIK? jika diizinkan Allah) peranan sahabat tadi akan menasihati anda.



5- Jangan cuba-cuba meluahkan perasaan anda kepada si dia (umur masih muda-masih banyak keperluan lain). Maksudya di sini, jangan saja2 test market, nak test dia terima ke tak. Nanti tak terima, frustrated pulak, kalau terima pulak, lain cerita lagi. pendek kata jangan cipta ‘ukhuwah’ melainkan ada keperluan penting. (jika waktu belum mengizinkan)




6- Jika berpeluang berkomunikasi dengan dia, perlu cool. I mean tak perlu gelabah sebab ada perasaan dengan dia. Kita mesti tak senang duduk kan bila berhadapan dengan orang yang kita suka? =) Jadi, kawal diri anda jangan sampai ketahuan.




7- Ingatkan diri sendiri lagi, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Tahu zina banyak cabang. Zina hati terutamanya. apabila memikirkan tentang dia, pergi buat kerja lain yang boleh alihkan perhatian daripada terus ingat dia. Malam2 sebelum tidur ingat dia, pergi berzikir untuk nyahkan dia. jauhkan zina hati. Agak susah untuk buat sebab kadang2 kita tak sedar. But we have to try. Pergi sini jugak.



8- Sentiasa buat muhasabah setiap hari tentang bahayanya cinta. Boleh baca previous entry tentang cinta. Sekali kita dekat dengan cinta manusia (yang haram) bermakna kita akan berpotensi untuk jauh dari cinta Allah.



9- Sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih positif.



10- Last sekali, apa yang kita boleh buat, berdoalah. Ikhtiar terakhir. Berdoa itu senjata orang mukmin. 

Surat untuk kamu yang aku tidak pasti siapa.

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Kepada kamu yang tidak aku ketahui siapa;


Ke hadrat Allah ku panjatkan doa, mohon seluruh jasad dan imanku dipelihara-Nya dan ku mahu kau juga dilindungi-Nya. Apa khabar imanmu? Apa khabar akhlakmu? Ada lagi yang ingin ku khabarkan kepadamu. Aku akan tetap terus menulis kepada kamu walaupun aku tidak mengetahui siapa kamu dan akan tetap terus bercerita. Harap kamu sabar menunggu dan tetap terus membaca perkhabaran dariku.=)


Aku diuji dengan kaummu. Aku ingin tetap berlari jauh dari semua ini. Lalu, aku berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh lagi namun dia tetap mengejar. Maka aku menoleh kembali ke belakang mohon dijauhkan dari dirinya tetapi dia sentiasa berusaha menjejak ku. Kemudian aku meniti perjalanan di sebelah kanan tiba-tiba aku melihat dia menyambutku dengan senyuman lalu perjalanan di sebelah kiri yang aku lalui. Ternyata aku tidak mampu berlari jauh lagi darinya. Lalu, ke mana lagi aku harus pergi? Sekelilingku ada dia, suasanaku seakan tidak selamat lagi. Aku kaget. Rimas. Tiada lagi ruang untuk ku bernafas. Ujian apakah ini?



Sebenarnya, aku tidak rela memberikan seluruh cintaku ini kepada sesiapa pun, apatah dalam masa terdekat ini. Itu yang sudah ku bicarakan tentang perihal nafsu. Perihal keseorangan dan bersendirian. Perihal menjaga hati. Moga Allah mengampuniku seluruhnya. Aku bukanlah insan terbaik untukmu. Terima kasih andai engkau sudi menungguku. Jika engkau memikirkan kesempurnaan dariku, usah lah engkau berharap lebih. Kerana aku hanyalah seorang lelaki akhir zaman yang punya secebis harapan untuk mencintai kamu,isteriku.





Semalam dan hari ini aku diuji dengan kesakitan lagi. Mungkin sebagai kifarah dosa. Alhamdulillah, Allah telah menyembuhkanku walau bukan sepenuhnya lagi. Tekak masih perit untuk menelan tapi aku cuba untuk gagahi. Aku akan menantimu kelak, apabila aku kesakitan begini, pasti engkau akan menjagaku. Di sini, aku masih punya sahabat yang menjagaku dan pastinya aku sendiri yang akan menjagaku sendiri. 



Kesibukan itu sering berlegar-legar di sekelilingku. Aku harap di dalam kesibukanku ini, aku tidak melupakan-Nya. Aku harap engkau juga begitu. Baru-baru ini, aku merasakan percutian yang kulalui ibarat menjadi percutian rohani juga. Alangkah ruginya aku. Sering aku merasakan kekuatan ku yang sebenar adalah semasa aku dikelilingi oleh sahabat handai yang soleh solehah. Maafkan aku andai ikhtilatku tidak terjaga, maafkan aku andai aku terlalai seketika dalam perjuangan melawan nafsu. Maafkan aku. Aku masih berharap kekuatan untuk itu.




Aku melihat orang-orang yang soleh memperjuangkan kata-katanya, baik di kuliah-kuliah, baik juga dalam ceramah-ceramahnya atau juga tazkirahnya. Tetapi mereka sendiri diuji dengan apa yang mereka dakwahkan. Aku mengetahui cinta itu satu fitrah, tetapi kenapa mereka sendiri mencalarkannya. Aku bimbang aku juga akan melakukannya tanpa sedar. Aku melihat akhlak mereka adalah yang terbaik (ya, aku tidak tahu apa yang tersirat dalam hati mereka) luarannya sempurna, namun perkhabaran yang ku terima, mereka sedang dalam jerat dan permainan syaitan. Bagaimana untuk aku mempercayai mereka lagi? Kata-kata mereka? Kuliah-kuliah mereka? Siapa lagi yang bakal untuk ku jadikan teladan? Itu orang yang soleh apatah lagi aku yang biasa-biasa ini saja. Bila-bila masa Allah akan mengujiku kembali. Doakan kekuatan buatku untuk terus menjaga hati.




Terngiang-ngiang lagu wanita yang dinyanyikan oleh dehearty. Pasti dikau terharu jika aku tujukan lagu ini buatmu kelak. Aku akan menunggu. Doakan aku. Aku mohon. Doakan aku kuat. Doakan aku setia denganmu. Doakan aku tetap cinta denganmu. Doakan aku mencintai Dia lebih dari segalanya. Doakan aku tabah dalam segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku supaya aku terpelihara. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha-Nya. Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. 




Terima kasih buatmu~ =')

Yang benar,
Aku~

Tidak usah merajuk SAYANG

Sayang, hentikanlah rajukmu kerana Allah itu Maha Penyayang, maka Dialah yang paling tahu untuk menyayangimu...

Ada sebuah hakikat yang saya berpegang dengannya. Saya yakin benar bahawa Allah sesekali pun tidak mahu walau seorang pun manusia masuk ke dalam neraka-Nya. Allah sentiasa mahu hamba-Nya ke syurga. Ah, memang syurga ini diciptakan untuk kita. Cuma, banyak antara manusia yang melupai hakikat itu, dan merajuk dengan Allah.

Merajuk Dengan Allah.

Ia bukanlah simptom yang jarang. Ia bahkan merebak hingga ke pelusuk lapisan masyarakat. Kanak-kanak dengan rajuknya, orang dewasa dengan rajuk mereka pula. Si tua, bahkan masih kuat rajuknya pada Ilahi. Ya, rajuk si hamba yang berbeza-beza, lelaki dan wanita.

Seperti yang saya nyatakan di awal, sungguh Allah sesekali pun tidak mahu walau seorang hamba-Nya ke neraka. Bukti yang ada cukup jelas. Dia hantarkan rasul demi rasul, seorang demi seorang untuk memimpin manusia agar kukuh telapak kaki mereka menyusuri landasan hamba sehingga rasul terakhir, Muhammad s.a.w.

Seseorang bertanya kepada saya, mengapa Muhammad s.a.w ialah yang terakhir?

Saya tidak dapat menemukan jawapan yang lebih baik daripada ini. Saya dan kamu, bahkan setiap muslim telahpun diberi tugas untuk menyambung tugas kenabian. Tugas setiap rasul-rasul terdahulu, dibebankan pada setiap daripada kita, iaitu berdakwah. Jika kalian ada membaca surah Taha, lihatlah pada ayat-ayat yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s yang mahu berdakwah kepada firaun. Lalu, Baginda meminta kepada Allah agar Allah menaikkan taraf saudaranya, Harun a.s sebagai rasul, untuk membantunya berdakwah.

Suatu hakikat, dakwah pada zaman dahulu hanya dilakukan oleh rasul.

Kerana Allah sayangkan setiap manusia, Dia mewajibkan dakwah kepada kita. Dia menyuruh kita masuk syurga, dan mengajak orang lain juga masuk dalam syurga. Surah At-Tahrim juga ada menceritakan tentang ini. Islam bukan agama yang selfish. Sesekali Allah tidak menyempitkan syurga-Nya. Oleh itu, sangat perlu untuk kita mengajak orang lain agar sama-sama bertatih ke syurga. Perlu!

Itu bukti jelas bahawa Allah mahu setiap manusia masuk syuga.

Allah Memandang Rajukmu.

Memang manusia punya kelemahan. Tapi bagi saya, kelemahan itu ialah lambang kehambaan. Sekiranya tiada langsung cacat cela jua kelemahan, maka pasti kita akan merasa diri seperti tuhan. Pun begitu, ramai yang menerima kelemahan mereka sebagai alasan untuk merajuk dengan Allah.

Lihatlah realiti... Bukan semua manusia bermaksiat kerana hati mereka bulat untuk itu, tetapi ramai yang bermaksiat kerana protes dan merajuk dengan Allah. Sebagai contoh, seorang gadis yang tidak cantik, sanggup memotong bulu kening, mewarnakan rambut, dan lain-lain, semata-mata kerana dia rasa Allah tidak adil kepadanya. Rajuknya menjadi permulaan dosa.

Adapun seorang atau dua lelaki yang mengambil dadah dan hanyut dalam dunia jijik rekaan mereka... adakalanya mengambilnya bukan kerana mahu, tetapi kerana protes dan merajuk kepada Allah. Dirasakan Allah tidak adil kepada mereka.

Gadis pula, sesudah merasakan Allah tidak adil padanya, maka dia melacurkan pula batang tubuhnya.

Sama dengan judi, arak, dan lain-lain.

Jangan Merajuk Sayang.

Allah tidak zalim. Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana di sisi-Nya, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Janjinya jelas... sekali kita bertaubat dengan taubat yang sebenar, maka di sisi-Nya, kita seperti manusia yang tiada dosa. Allah tidak lokek memberi ampun.

Allah tidak berdendam, bahkan terlalu memaafkan. Seorang lelaki yang sepanjang hayatnya menghina islam, menghina rasulallah dan mencaci maki Allah, sedang dia sudah tua dan hampir mati, pun masih Allah sudi lemparkannya hidayah kepadanya. Si tua itu masuk islam, dan mati sebagai 'kanak-kanak' dalam jasad orang tua.

Bahkan dahulu, ada seorang wanita Yahudi yang tua dan buta, setiap hari mencaci Rasulallah s.a.w. Baginda senyum sahaja, sambil tangannya menyuapkan roti ke dalam mulut wanita itu. Berlarutan... hingga di senja usianya, Allah menerima wanita yang mencaci dan memaki Rasul-Nya, sebagai hamba-Nya.

Al-Wahsyi, seorang lelaki yang menyebabkan Rasulallah s.a.w menangis kerana sedih melihat jasad Saidina Hamzah r.a terkulai bersama tikaman dan luka yang teruk, juga Allah pilih untuk menjadi hamba-Nya.

Khalid al-Walid ra. yang banyak membunuh tentera-tentera islam di medang perang juga akhirnya dipilih oleh Allah untuk memeluk agama ini dan terus berjuang untuk syurga.

Semua kisah-kisah ini adalah kisah manusia hebat. Manusia yang penuh dosa, tetapi mereka memilih untuk menyucikan diri mereka.

Kesimpulan.

Saudaraku.. ingatlah! Allah sentiasa sayang kepada kita. Dia tidak menzalimi kita walau sedikit. Dia cuma sedang menguji kita. Janganlah kita merajuk dengan Allah. Jangan pula kita berdendam dengan Allah.

Allah sayang kita.. terlalu sayang.

Jika orang yang pernah menghina Rasulallah s.a.w dan mencaci Allah pun masih diberi keampunan oleh-Nya, mengapa pula kita memilih untuk putus asa daripada keampunan-Nya?

Aku pasrah ya Allah

YA ALLAH
Aku pasrah dengan apa yang terjadi,
Lalu ku susun langkahku untuk mengadu pada ILAHI,
Ku tak mampu lagi untuk menyimpan segala perasaan ini,
Hanya Dia saja yang mengerti,
Ku luahkan semua yang terjadi,
Lalu ku menangis sepuas hati,
Ku tak mahu lagi untuk meratapi apa yang terjadi,
Apa yang berlaku biarlah ia berlalu pergi,
Tanpa datang kembali dalam ingatanku ini,
Pada hari kelmarin ataupun hari ini,
Biarlah ia berlalu tanpa diketahuai,
Hanya Dia dan aku saja tahu semua yang terjadi,
Ku tak ingin disakiti,
Apatah lagi menyakiti semua manusia di bumi-NYA ini,
Biarlah aku terseksa seorang diri,
Andai itu saja yang mampu ku lakui,
Untuk semua orang yang ku sayangi…