BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Jumaat, Disember 24, 2010

Hukum orang Islam mengucapkan "Selamat Hari Natal"

Alhamdulillah...pada ruangan kali ini,aku ingin berkongsi lah,iya,sebagai saudara dan sebagai seorang shabat yg ingin mengingatkan kepade sahabat2 ku yg lain,yg mungkin terlupe atau tak tau langsung akan hukum kite sebagai org islam mengucapkan (menyambut lagi terok ea) Selamat hari natal or Mery christmas...atau senang cerita...mengucapkan selamat bahagie kepade perayaan lain yg bukan perayaan orang islam...Disini aku ingin mengupas tentang permasalahan ini.


"Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Hari Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma’)."


Ini kerane,berdasarkan ayat diatas...kite boleh berfikir sendirik menggunakan logik akal sebagai seorang yg beragama Islam,yg sedar akan apa itu ISLAM sebenarnye...ok,ramai yg tak tau atau sengaje buat2 "dono" akan bende ini,ucap merry christmas atau memeriahkn perayaan org kafir adalah haram,ini kerane kite seoalah-olah mengiktiraf kepercayaan orang kristian yang dimana mereka mempercayai Nabi Isa itu tuhan mereka.



Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata:

Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, “semoga hari raya anda diberkati” atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.


Dan kenape Ibnu Al-Qayyim mengatakan bahawa mengucapkan selamat akan kebahagiaan perayaan orang2 kafir ini jatuh haram,ini kerane jike kite berbuat demikian,kite seolah-olah menegakkan syiar-syiar kristian dan kite mengakui akan Nabi Isa itu Tuhan(nauzubillah)...dan seolah-olah kite meredhai akan kekufuran mereka walhal kite sendiri tidak merdhai mereka.Dan Allah juga tidak meredhai org kafir dan kekufuran mereka kepade Allah,berdasarkan firmannya:


Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]


So,dipendekkan cerite, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.


p/s:post ni sebenanye ak copy skit2 dr blog kawan aku..disebabkn ak first time bukak blog die,and tejumpelah sal bnde ni...jd ak amek isi die skit..dan tmbh isi ak skit,,diharap dapatlah kalian membace dengan teliti..

Kenapa ada Cinta?


Setelah turun firman Allah diatas,maka seorang sahabat Nabi bernama Tsabit bin Qais Al Ansory mengesot perlahan-lahan ke belakang dari majlis Nabi SAW. Walaupun di dalam hatinya hanya Allah sahaja tahu betapa dalam cintanya pada Rasulullah. Ia keluar dari masjid dan pulang terus ke rumah. Semenjak hari itu beliau telah mengurung dirinya melainkan untuk menunaikan solat fardhu bersama Nabi SAW.

Sehinggalah Nabi yang mulia merasai ketiadaannya. Nabi pun bersabda : Siapa di kalangan kamu yang boleh dapatkan khabar berita tentang Tsabit?. Berkata seorang lelaki : "Saya ya Rasulullah".

Lelaki tadi menuju rumah Tsabit dan mendapatinya dalam keadaan murung bersedih dan sentiasa menundukkan kepalanya. lalu ditanya : Apa sebenarnya yang berlaku padamu wahai Aba Muhammad?.

" Buruk sekali". Jawab Tsabit.

"Kenapa pula?" tanya lelaki.

"Aku adalah seorang yang agak kasar. Dan seringkali suaraku ini lebih tinggi dari suara Nabi. Akhirnya turun ayat tersebut. Aku rasa-rasa seluruh amalanku telah musnah dihempas oleh Allah dan kini aku rasa aku adalah sebahagian dari ahli neraka!" jawab Tsabit beremosi.

Lelaki tersebut kembali kepada Nabi dan menceritakan perbualan beliau dengan Tsabit. Nabi bersabda : "Pergi kamu jumpa kembali Tsabit dan beritahu kepadanya : kamu bukan ahli Neraka bahkan kamu adalah sebahagian dari penghuni Syurga ".

Inilah berita yang paling menggembirakan Tsabit dalam seluruh hidupnya.Kerana kecintaan beliau pada Nabi adalah cinta yang tulen dan telah mendapat pengiktirafan dari Baginda SAW. Tapi kita, masih diulit cinta-cinta palsu.



Khamis, Disember 23, 2010

Syurga dan Neraka [Part 3,penghuni syurga dan neraka]

Tidak Ada Lagi Kematian

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2435]
Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah penduduk syurga dimasukkan Allah ke syurga dan penduduk neraka dimasukkan ke neraka, maka diumumkan kepada mereka masing-masing, "Hai, penduduk syurga. Tidak ada lagi kematian. Hai, penduduk neraka. Tidak ada lagi kematian. Semuanya kekal di mana mereka berada."



Siapa Penghuni Syurga dan Neraka?

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2436]
Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Maukah kamu sekalian kuberitahukan siapa penduduk syurga?" Jawab para sahabat, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Orang-orang dha'if bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepadaNya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah." Kemudian beliau bertanya pula, "Maukah kamu kuberitahukan siapa penduduk neraka?" Jawab mereka, "Tentu!" Sabda beliau, "Setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah namun kikir dan sombong."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2437]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "ada dua macam penghuni neraka yang belum terlihat olehku dewasa ini: Pertama, orang-orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, digunakannya untuk memukul manusia. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian seperti bertelanjang dan pandai merayu. Rambut mereka disasak seperti punuk unta miring. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang sangat jauh."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2438]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak lama, jika umurmu panjang engkau akan melihat suatu kaum memegang cemeti seperti ekor sapi di tangannya. Mereka itu senantiasa berada dalam kemarahan Allah Ta'ala sepanjang pagi dan petang."




Dari Neraka ke Syurga

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.149]
Dari 'Atha' bin Yazid Al Laytsi r.a., katanya Abu Hurairah r.a. mengabarkan kepadanya, bahawa orang banyak bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Dapatkah kami melihat Tuhan kami nanti di hari kiamat?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Apakah kamu mendapat kesulitan melihat bulan purnama di malam empat belas?" Jawab mereka, "Tidak, ya Rasulullah!" Tanya, "Apakah kamu merasa sulit melihat matahari di langit tak berawan?" Jawab mereka, "Tidak, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya anda semua akan melihatNya nanti seperti itu. Di hari kiamat kelak, Allah akan mengumpulkan seluruh umat manusia, lalu Dia berfirman: "Siapa yang menyembah selain Aku, hendaklah dia mengikutinya." Maka siapa yang menyembah matahari, diikutinya matahari, siapa yang menyembah bulan diikutinya bulan, dan siapa yang menyembah berbagai berhala, diikutinya pula berhala-berhala itu. Maka tinggallah umat ini (orang-orang mukmin), yang di dalamnya termasuk pula orang-orang munafik. Allah Tabaraka wa Ta'ala mendatangi mereka dalam bentuk lain yang tidak mereka kenal. Lalu Allah berfirman, "Akulah Tuhanmu. (Ikutilah aku)" Jawab mereka, "Kami berlindung dengan Allah dari tipu-dayamu. Kami akan tetap di tempat kami ini sampai Tuhan kami datang menjemput kami. Apabila Tuhan kami telah datang, kami akan mengenalNya." Maka datanglah Allah Ta'ala dalam bentuk yang mereka kenal, seraya berfirman, "Akulah Tuhanmu." Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami!" Kata Nabi s.a.w. melanjutkan, "Lalu dibentangkan titian pada kedua sisi neraka Jahannam. Aku dan umatkulah yang pertama-tama melewati titian itu. Pada hari itu tidak ada yang diperkenankan berbicara kecuali para Rasul. Do'a mereka itu, "Wahai, Allah! Selamatkanlah! Selamatkanlah!" Di dalam neraka Jahannam ada semacam kaitan seperti pancing, runcing bagaikan duri sa'dan. Pernahkan Anda semua melihat duri Sa'dan?" Jawab mereka, "Pernah, ya Rasulullah!" Sabda Nabi s.a.w., "Nah. Seperti duri Sa'dan itu: tetapi tidak terkira-kirakan besarnya, selain hanya Allah yang dapat mengetahuinya. Kaitan itu akan mengait setiap umat manusia yang lewat di titian itu tersebab amal perbuatan mereka. Orang-orang yang beriman akan terlepas dari bahaya itu sesuai dengan amal mereka, dan ada pula yang dihukum beberapa lama, sampai ia bebas dari hukuman itu. Setelah Allah selesai mengadili perkara para hambaNya, Ia ingin mengeluarkan dengan rahmatNya penduduk neraka yang dikehendakiNya. Lalu Dia memerintahkan para malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang tidak mempersekutukanNya dengan yang lain-lain. Iaitu orang yang mengakui tidak ada Tuhan selain Allah. Para malaikat mengenal mereka yang di neraka itu dengan tanda-tanda bekas sujud. Sesungguhnya api memakan tubuh anak Adam di neraka, selain bekas sujud. Kerana Allah mengharamkan bagi api memakan tanda bekas sujud itu. Lalu mereka dikeluarkan dari neraka dalam keadaan hangus. Kemudian mereka disiram dengan air kehidupan, dan mereka dapat hidup bagaikan bibit tanaman yang tumbuh di atas lumpur yang dibawa banjir. Setelah semuanya selesai dikeluarkan, ternyata masih ada ketinggalan seorang lelaki yang menghadapkan mukanya ke neraka. Itulah penduduk syurga yang terakhir sekali masuk syurga. Orang itu berkata, "Wahai Tuhan! Palingkanlah mukaku dari neraka ini, kerana anginnya terasa bagaikan racun dan nyalanya terasa membakar diriku." Dia senantiasa mendo'a kepada Allah. Kemudian Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "Jika Aku kabulkan permintaanmu itu, apakah kamu akan meminta pula yang lain-lain?" "Tidak! Aku tidak akan meminta lagi yang lain-lain," katanya berjanji. Lalu dengan kehendak Allah, mukanya terpaling dari neraka. Setelah dia menghadap dan melihat ke syurga, dia terdiam beberapa lamanya, lalu berkata, "Wahai Tuhanku! Bawalah aku ke pintu syurga." Maka berfirman Allah kepadanya, "Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi padaKu selain apa yang telah Kuberi? Celaka engkau, hai anak Adam. Engkau betul-betul penipu." Tetapi orang itu terus mendoa dan mendoa, sehingga akhirnya Allah berfirman kepadanya, "Berjanjilah, jika permintaanmu itu Aku kabulkan, kamu tidak akan meminta lagi yang lain-lain." "Tidak! Demi kebesaranMu." Kata orang itu berjanji. Lalu dia dibawa ke pintu syurga. Setelah ia sampai di sana, pintu itu terbuka lebar baginya, sehingga ia dapat melihat dengan jelas segala isinya berupa kenikmatan dan kebahagiaan. Kerana itu dia terdiam pula seketika, kemudian dia mendoa pula, "Wahai, Tuhanku! Masukkanlah aku ke syurga!" Firman Allah Tabaraka wa Ta'ala, "Bukankah engkau sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain apa yang telah Kuberikan? Celaka engkau hai anak Adam. Alangkah penipunya kamu." Jawab orang itu, "Wahai, Tuhanku! Janganlah aku dijadikan makhlukMu yang celaka!" Dia senantisa mendo'a dan mendo'a seperti itu, sehingga Allah tertawa kerana gembiraNya. Maka berfirman Allah, "Masuklah kamu ke syurga." Setelah dia berada di syurga, Allah berfirman pula kepadanya, "Mintalah apa yang kau inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya (membatasi) ini dan itu. Setelah permintaannya terkabul semuanya, Allah Ta'ala berfirman pula kepadanya, "Semua permintaanmu telah Kukabulkan, bahkan akan Kutambah sebanyak itu lagi." (menurut hadith Abu Sa'id r.a., bahkan Allah menambah sepuluh kali lipat permintaannya).

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.151]
Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku tahu penduduk neraka yang terakhir keluar dari neraka, dan penduduk syurga yang terakhir masuk syurga. Iaitu orang yang keluar dari neraka sambil merangkak. Allah Ta'ala berfirman kepadanya, "Pergilah dan masuklah ke syurga." Lalu dia pergi ke syurga. Tetapi terbayang kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali kepada Tuhan dan berkata, "Ya, Tuhanku! Kudapati syurga telah penuh." Firman Allah s.w.t., "Pergilah dan masuklah ke syurga." Dia pun pergi ke syurga. Sementara itu terbayang pula kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali pula kepada Tuhannya seraya berkata, "Ya, Tuhanku! Kudapati syurga telah penuh." Allah berfirman pula kepadanya, "Pergilah, dan masuklah ke syurga." Kemudian dia pergi. Tetapi tetap terbayang olehnya syurga telah penuh. Maka dia kembali lagi seraya berkata, "Ya Tuhanku! Kudapati syurga telah penuh." Allah berfirman kembali, "Pergilah, dan masuklah ke syurga. Untukmu tersedia tempat sepuluh kali luas dunia." Kata orang itu, "Apakah Engkau tidak mengolok-olokku? Engkau adalah Maha Raja." Kata 'Abdullah menambahkan, "Aku melihat Rasulullah s.a.w. tertawa, sehingga kelihatan gigi beliau." Beliau bersabda, "Dikatakan kepadaku, itulah tempat penduduk syurga yang paling rendah."



Situasi yang Mencemaskan

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2441]
Dari Miqdad bin Aswad r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat kelak, matahari didekatkan kepada manusia, sehingga jaraknya dengan mereka hanya kira-kira satu batu. Ketika itu manusia berada dalam genangan keringat, terbenam sesuai dengan amal mereka. Di antara mereka ada yang terbenam sampai mata kaki, ada yang sampai lutut, ada yang sampai pinggang, dan ada pula yang megap-megap, terbenam sampai ke mulutnya, - sambil Rasulullah s.a.w. menunjuk ke mulutnya."



Ciri-ciri Penduduk Syurga dan Neraka

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2442]
Dari 'Iyadh bin Himar Al Mujasyi'iy r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda dalam khutbah sebagai berikut: "Ketahuilah. Sesungguhnya Tuhanku memerintahkan kepadaku supaya mengajarkan kepada kamu sekalian apa-apa yang belum kamu ketahui. Iaitu pengajaran yang diajarkan Allah kepadaku hari ini. Firman Allah: Setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba adalah halal. Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba-hambaKu semuanya berada dalam agama yang lurus. Tetapi mereka kemudian didatangi oleh syaitan-syaitan lalu syaitan membelokkan mereka dari agama mereka dan mengharamkan apa-apa yeng telah Kuhalalkan bagi mereka dan menyuruh mereka supaya mempersekutukanKu dengan sesuatu yang tidak diberi kekuasaan apa-apa. Sesungguhnya Allah mengawasi penduduk bumi dengan kemarahan, baik bangsa Arab mahupun bangsa 'Ajam, kecuali sisa-sisa Ahli Kitab. 91) Firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk mengujimu dan menguji orang lain dengan engkau. Aku turunkan kepadamu Kitab yang tidak sirna kena air, yang dapat engkau baca di waktu tidur dan bangun. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepadaku supaya membangkitkan kemarahan orang-orang Quraisy." Jawabku, "Ya, Tuhanku, nanti mereka pecah kepalaku dan mereka tinggalkan seperti (pecahan) roti." Firman Allah, "Usir mereka seperti mereka mengusirmu. Perangi mereka, nanti Kami bantu kamu memerangi mereka. Keluarkan segala dana, nanti Kami beri dana engkau. Kirim pasukan tentera, nanti Kami kirim pula tentera membantumu lima kali lipat. Perangilah olehmu bersama-sama orang yang taat kepadamu, mereka yang durhaka kepadamu. Firman Allah Ta'ala, "Penduduk syurga ada tiga macam: (1) Penguasa yang adil, pemurah, dan bertindak sesuai dengan hukum. (2) Orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan kaum muslimin. (3) Orang dha'if yang tidak terkendalikan otaknya, mereka di samping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak menghendaki kekayaan. Penduduk neraka ada lima macam: (1) Orang dha'if yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya. (2) Pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianatinya juga. (3) Orang yang pagi petang berusaha hendak menipu, tentang keluargamu, dan hartamu, (4) Orang bakhil atau pendusta. (5) Orang yang bermulut kotor (orang yang berperangai buruk dan suka mengumpat)."
91). Yang dimaksud ialah umat-umat sebelum Nabi s.a.w. diutus. (Syarah Nawawi, 5: 716).



Syurga dan Neraka Diperlihatkan Allah Ta'ala

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2443]
Dan Ibnu 'Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang kamu telah meninggal dunia, maka diperlihatkan Allah Ta'ala kepadanya pagi dan petang tempatnya di syurga jika dia akan menjadi penduduk syurga, atau tempat di neraka jika dia akan menjadi penduduk neraka. Seraya dikatakan kepadanya, inilah tempatmu. Begitulah seterusnya hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat."



Berlindung dari Seksa Kubur

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2444]
Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya: "Ketika Nabi s.a.w. berada di sebidang kebun Bani Najjar mengendarai keledai, kami ada bersama-sama beliau. Tiba-tiba keledai itu membelok sehingga beliau hampir jatuh. Kiranya di sana terdapat empat atau enam kuburan. Tanya beliau, "Siapakah di antara kalian yang tahu, kuburan-kuburan ini milik siapa?" Seorang lelaki berkata: "Aku!" Tanya Nabi s.a.w., "Bila mereka meninggal?" Jawab, "Mereka mati dalam syirik." Sabda Rasulullah s.a.w., "Mereka sedang diseksa dalam kubur. Seandainya aku tidak khawatir yang kamu semua akan takut menguburkan mayat, akan kumohon kepada Allah Ta'ala supaya Dia memperdengarkan kepadamu sekalian bagaimana dahsyatnya seksa kubur seperti yang terdengar olehku." Kemudian beliau hadapkan mukanya kepada kami seraya bersabda, "Berlindunglah kamu dengan Allah dari seksa neraka." Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa neraka." Sabda beliau , "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari seksa kubur." Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa kubur." Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi." Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi." Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dari fitnah (bencana) Dajjal." Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2445]
Dari Abu Ayyub r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah keluar rumah sesudah maghrib, maka terdengar olehnya satu suara. Kata beliau, "Itu suara orang Yahudi sedang diseksa dalam kuburnya."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2446]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang hamba telah diletakkan dalam kuburnya, para sahabatnya yang mengantar telah pulang, sesungguhnya dia mendengar bunyi terompah mereka, ketika itu datanglah kepadanya dua malaikat mendudukkannya. Lalu kedua bertanya, "Tahukah kamu, siapakah lelaki (Nabi Muhammad s.a.w.) ini?" Kata Rasulullah s.a.w., "Kalau mayat itu mayat seorang mukmin, dia akan menjawab, aku menjadi saksi bahawa dia itu seorang hamba Allah dan RasulNya." Maka dikatakan kepadanya, "Lihatlah tempatmu yang sedianya di neraka, tetapi Allah Ta'ala telah menggantinya dengan tempat di syurga." Kata Nabi s.a.w., "Maka diperlihatkan kepadanya tempat itu kedua-duanya sekaligus."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2447]
Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Allah Ta'ala meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang mantap" Kata beliau ayat itu diturunkan mengenai azab (seksa) kubur. Si mayat ditanya, "Siapa Tuhanmu?" Jawabnya, "Tuhanku Allah, dan nabiku, Nabi Muhammad s.a.w." Begitulah firman Allah 'Azza wa Jalla, "Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang mantap dalam kehidupan dunia dan akhirat......." (Ibrahim, 14:27)



Ruh Harum dan Ruh Busuk

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2448]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Apabila ruh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya, dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad, "Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit, "Ruh yang baik datang dari bumi. Shallallahu 'alaika (Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu ruh itu dibawa ke hadapan Tuhannya 'Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman, "Bawalah dia ke sidratul muntaha, dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Apabila ruh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya, - kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian -, maka berkata penduduk langit, "Ruh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, "Bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."



Pemeriksaan yang Menyeksakan

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2450]
Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat, dia akan terseksa." Tanya 'Aisyah, "Bukankah Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman "Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah." (Al Insyiqaq, 84:8). Jawab beliau, "Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti." Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya terseksa."



Baik Sangka kepada Allah Ta'ala

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2451]
Dari Jabir bin 'Abdullah Al Anshari r.a. katanya tiga hari sebelum Rasulullah s.a.w. wafat, beliau bersabda: "Janganlah kamu mati melainkan baik sangka terhadap Allah 'Azza wa Jalla."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2452]
Dari Jabir (bin 'Abdullah) r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat) menurut keadaan (aqidah atau iman)nya ketika dia mati."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2453]
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila Allah hendak menyeksa suatu kaum, maka orang-orang yang (tidak bersalah) berada bersama mereka, akan terkena musibah itu. Kemudian mereka akan dibangkitkan menurut amal mereka (baik atau buruk)."

Syurga dan Neraka [Part 2,neraka]

Seksa Neraka

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2432]
Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Di antara para penghuni neraka ada yang dibakar hingga kedua mata kakinya. Ada yang dibakar hingga pinggang. Dan ada yang dibakar hingga lehernya."



Neraka adalah Seksa, Syurga adalah Rahmat

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2433]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Neraka dan syurga saling bertengkar. Kata neraka, aku diistimewakan Allah dengan penghuni-penghuniku orang-orang sombong dan sewenang-wenang." Kata syurga, "Apakah penghuni-penghuniku hanya terdiri dari orang-orang dha'if, orang-orang terdampar, dan orang-orang lemah?" Maka berfirman Allah kepada syurga, "Engkau adalah rahmatKu. Aku rahmati dengan engkau orang-orang yang Kukehendaki di antara hamba-hambaKu." dan berfirman pula Allah kepada neraka, "Engkau adalah azab (seksa)Ku. Aku seksa dengan engkau orang yang Kukehendaki di antara hamba-hambaKu. Masing-masing kamu mendapat penghuni sampai penuh." Ketika ternyata neraka belum penuh, maka Allah memenuhinya dengan orang-orang yang harus diseksa. Setelah penuh, neraka berkata, "Cukup, cukup" Lalu mereka dicampur aduk satu sama lain.

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2434]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Neraka jahannam senantiasa meminta tambahan penghuni. Katanya, "Masih adakah tambahannya?" Sehingga akhirnya Allah Rabbul 'Izzati Tabaraka wa Ta'ala mendatangkan orang-orang yang harus diseksa, sampai dia berkata, "Cukup, cukup, demi keperkasaanMu." Lalu mereka dicampur aduk satu sama lain."



Pertengkaran Pemimpin dan Pengikut

[Surah Shaad, 38:55-64]

55. Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang durhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk,

56. (iaitu) neraka Jahannam, yang mereka masuk ke dalamnya; maka amat buruklah Jahannam itu sebagai tempat tinggal.

57. Inilah (azab neraka), biarlah mereka rasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat sejuk.

58. Dan azab yang lain yang serupa itu berbagai macam.

59. (Dikatakan kepada mereka): "Ini adalah suatu rombongan (pengikut-pengikutmu) yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)". (Berkata pemimpin-pemimpin mereka yang durhaka): "Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka kerana sesungguhnya mereka akan masuk neraka".

60. Pengikut-pengikut mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, kerana kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah Jahannam itu sebagai tempat menetap".

61. Mereka berkata (lagi): "Ya Tuhan kami; barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka".

62. Dan (orang-orang durhaka) berkata: "Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai orang-orang yang jahat (hina).

63. Apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka?"

64. Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka.



Keinginan Orang-Orang Kafir Hendak Keluar dari Neraka

[Surah Al Mu'min, 40:10-12]

10. Sesungguhnya orang-orang yang kafir diserukan kepada mereka (pada hari kiamat): "Sesungguhnya kebencian Allah (kepadamu) lebih besar daripada kebencianmu kepada dirimu sendiri karena kamu diseru untuk beriman lalu kamu kafir".

11. Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?"

12. Yang demikian itu adalah kerana kamu kafir apabila Allah saja disembah. Dan kamu percaya apabila Allah dipersekutukan. Maka putusan (sekarang ini) adalah pada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.



Nasib Penghuni Neraka

[Surah Al Mu'min, 40:71-76]

71. ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,

72. ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api,

73. kemudian dikatakan kepada mereka: " Manakah berhala-berhala yang selalu kamu persekutukan,

74. (yang kamu sembah) selain Allah?" Mereka menjawab: "Mereka telah hilang lenyap dari kami, bahkan kami dahulu tiada pernah menyembah sesuatu". Seperti demikianlah Allah menyesatkan orang-orang kafir.

75. Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersuka ria di muka bumi dengan tidak benar dan kerana kamu selalu bersuka ria (dalam kemaksiatan).

76. (Dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong ".

[Surah Fushshilat, 41:29]

29. Dan orang-orang kafir berkata: "Ya Rabb kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) sebahagian dari jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina".

[Surah Az Zukhruf, 43:74-78]

74. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa kekal di dalam azab neraka Jahannam.

75. Tidak diringankan azab itu dari mereka dan mereka di dalamnya berputus asa.

76. Dan tidaklah Kami menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

77. Mereka berseru: "Hai Malik1366), biarlah Tuhanmu membunuh kami saja". Dia menjawab: "Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini)".
1366). "Malik" adalah malaikat penjaga neraka.

78. Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan di antara kamu benci pada kebenaran itu.

[Surah Ad Dukhaan, 44:43-50]

43. Sesungguhnya pohon zaqqum itu1379),
1379). Zaqqum adalah jenis pohon yang tumbuh di neraka

44. makanan orang yang banyak berdosa.

45. (Ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih di dalam perut,

46. seperti mendidihnya air yang amat panas.

47. Peganglah dia kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka.

48. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas.

49. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia1380).
1380). Ucapan ini merupakan ejekan baginya.

50. Sesungguhnya ini adalah azab yang dahulu selalu kamu meragu-ragukannya.

Syurga dan Neraka [Part 1,syurga]

Syurga dan Nikmatnya

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2418]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Syurga dikelilingi dengan segala yang tidak disenangi hawa nafsu, dan neraka dikelilingi oleh segala yang disukai hawa nafsu."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2419]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Kusediakan bagi hamba-hambaKu yang saleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia." Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam KitabNya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As Sajdah, 32:17)

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2420]
Dari Sahal bin Sa'ad r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang naungannya tidak terlewat oleh seorang pengendara selama seratus tahun."



Diliputi Keredhaan Allah Ta'ala

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2421]
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman kepada penduduk syurga, "Wahai penduduk syurga" Maka menjawab penduduk syurga, "Kami siap memenuhi panggilan dan perintahMu, wahai Tuhan kami. Segala kebaikan berada di tangan Engkau." Lalu bertanya Allah Ta'ala, "Adakah kamu merasa puas?" Jawab mereka, "Bagaimana kami tidak akan puas, bukankah Engkau telah memberi kami segala kenikmatan yang belum pernah Engkau berikan kepada makhluk lain?" Tanya, "Maukah kalian Aku beri nikmat yang lebih istimewa dari itu?" Jawab mereka, "Wahai Tuhan, nikmat apa pulakah yang lebih istimewa dari itu?" Jawab Allah Ta'ala, "Akan Kucurahkan kepadamu keredhaanKu di mana Aku tidak akan pernah marah kepadamu sesudah itu untuk selama-lamanya."



Istana yang Gemerlapan

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2422]
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak penduduk syurga melihat sebuah kamar di atas mereka, terlihat seperti bintang bercahaya gemerlapan jauh di ufuk Timur atau di Barat kerana perbezaan kedudukan mereka." Tanya para sahabat, "Ya, Rasulullah! Apakah itu tempat para Nabi yang tidak tercapai oleh orang lain selain mereka?" Jawab beliau, "Demi Allah yang diriku dalam kuasaNya, bahkan itu tempat orang-orang yang beriman kepada Allah dan mempercayai para Rasul."



Angin Nan Menakjubkan

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2423]
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik/tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah, didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, "Engkau sunnguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalku." Jawab isterinya, "Engkau, demi Allah, sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu."



Setiap Pria Beristeri Dua

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2424]
Dari Muhammad r.a. katanya "Pada suatu ketika para sahabat berlumba cepat saling mengingatkan (berdiskusi): Manakah penduduk syurga yang lebih banyak, lelaki atau perempuan?" Kata Abu Hurairah, "Bukankah Rasulullah s.a.w. telah menyabdakan, bahawa rombongan yang pertama-tama masuk syurga, mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. Sesudah itu (rombongan) yang menyusul bagaikan bintang gemerlapan di langit. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam. Dan di dalam syurga tidak ada lelaki yang membujang."



Penghuni Syurga

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2425]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Rombongan yang mula-mula masuk syurga bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. (Rombongan) sesudah itu lebih cemerlang dari bintang-bintang yang gemerlapan. Mereka tidak buang air kecil dan tidak buang air besar. tidak membuang ingus dan tidak meludah. Sisir mereka dari emas, dan keringat mereka kasturi. Pedupaan mereka kayu gaharu yang harum. Isteri mereka bidadari, akhlak mereka sama. Bentuk mereka seperti nenek moyang mereka Adam, tinggi enam puluh hasta."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2426]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Rombongan yang pertama-tama masuk syurga mukanya seperti bulan purnama. Mereka tidak meludah, tidak membuang ingus, dan tidak buang air di sana. Bejana dan sisir mereka dari emas dan perak. Pedupaan mereka memakai kayu gaharu yang harum. Keringat mereka harum bagaikan kasturi. Setiap pria mempunyai dua isteri yang kedua betisnya tembus pandang sehingga kelihatan sumsumnya di bawah kulit kerana sangat indahnya. Mereka tidak pernah bertengkar atau saling marah. Hati mereka selalu bersatu dalam bertasbih kepada Allah Ta'ala sepanjang pagi dan petang."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2427]
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak berak, dan tidak membuang ingus." Tanya para sahabat, "Bagaimana makanan yang mereka makan?" Jawab beliau, "Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi. Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas kalian."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.150]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekurang-kurang kedudukan seseorang di syurga, ialah firman Allah kepadanya: Mintalah apa yang kamu inginkan." Maka dimintanyalah apa yang diinginkannya. Kemudian Allah berfirman pula, "Adakah permintaanmu yang lain?" "Ya, ada!" jawabnya. Maka berfirman Allah kepadanya, "Untukmu segala yang kamu inginkan dan kutambah sebanyak itu pula."



Perihal Melihat Allah

[Hadith Sahih Muslim Jilid 1, No.148]
Dari Shuhaib r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila penduduk syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman kepada mereka: "Apakah kamu semua memerlukan sesuatu yang perlu Aku tambah untukmu?" Jawab mereka, "Bukankah muka kami telah putih gilang-gemilang? Bukankah kami telah Engkau masukkan ke syurga dan Engkau bebaskan dari neraka?" Kata Rasulullah s.a.w. selanjutnya, "Lalu Allah membukakan tabir yang menutupNya. Sekonyong-konyong penduduk syurga merasakan nikmat yang tiada taranya, selain memandang Allah 'Azza wa Jalla."



Abadi dan Awet Muda

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2428]
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Siapa yang masuk syurga selalu merasa nikmat, tidak pernah susah. Pakaiannya tidak pernah bercacat. Kepemudaannya tidak pernah sirna."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2429]
Dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Seorang penyeru menyerukan: Kamu selalu sihat, tidak akan pernah sakit selama-lamanya. Selalu hidup tidak pernah mati selama-lamanya. Selalu muda, tidak akan pernah tua selama-lamanya. Selalu merasa nikmat, tidak pernah susah selama-lamanya. Demikianlah tujuan firman Allah 'Azza wa Jalla, "Itulah syurga yang diwariskan kepadamu, sebagai balasan bagi amalmu yang dahulu" (Al A'raf, 7:34).



Kemah Mutiara

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2430]
Dari 'Abdullah bin Qais, dari bapanya r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Bagi seorang mukmin disediakan di syurga sebuah Khaimah dari sebuah mutiara yang berlubang, panjangnya enam puluh batu. Bagi mereka disediakan pula beberapa orang isteri yang didatanginya secara bergiliran di mana isteri yang satu dengan yang lain tidak saling menampak."



Memberi dan Menjawab Salam

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2431]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Ta'ala berfirman kepadanya, pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan). Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam: "Assalamu 'alaikum" (Semoga Anda bahagia). Jawab para malaikat, "Assalamu'alaika wa rahmatullah" (Semoga kamu bahagia pula dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah, "Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang."

Janganlah membenci wahai sahabat

Jika engkau membenci atau mencintai seseorang dalam hatimu, maka ukurlah amal perbuatannya dengan Al-Quran dan Sunnah. Bilamana, amalnya dibenci di dalam keduanya, maka bencilah kepadanya, namun jika diredhai oleh keduanya, maka cintailah dia supaya engkau tidak mencintai atau membenci kerana hawa nafsumu

Rabu, Disember 22, 2010

Kisah malam pertama

Ok lah...kali ni ak nk post satu cerita untuk menghilangkan tension...agak kalo dapat buat korang yg membacanye ketawe or senyum kambing sorang2...trime kaseh lah ea...:)

Kisahnye bermula mcm ni:



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui.. Sakitnya bang… ! Macam mana kisah malam pertama bang..?” Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak-esak mengerang “… Sakitnya Bang”
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram si ayah mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!” …
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”


Saya suke tengok awek saye

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang forever

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan anda berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak... 

Cinta bukan untuk berseronok

"Berkorban ape saje",adalah satu ungkapan bagi pasangan couple yg sedang dilamun cinte.Mereka sanggup melakukan ape sje sehinggekan maruah diri dan keluarge tergadai.Ade juge yg asyik bercinte dengan "org seberang",lalu tanpe memikirkan akibat lari meninggalkan family dan menderita di negeri org.

Akibat hubungan cinte terlarang,byk pasangan kekasih yg terlanjur dan tanpe belas kasihan membuang bayi kerane tidak mahu menanggung malu pade diri dan keluarge.

Justeru,Islam sangat mengambil berat dan berhati-hati dalam menyelesaikan persoalan ini dan jike tidak diurus dengan baik,pasti akan mengundang kepade maksiat dan zina.Utk menentukan supaye percintaan berkenaan mencapai mtlamat perkahwinan yg disyariatkan,beberape nasihat bergune boleh dijadikan panduan kpd pasangan yg dilamun cinte.

Cinte sejati dan hakiki hnyelah untuk ALLAH dan dengan taat melaksanakan perintahnye dan menjauhi segale bentuk larangan dan tegahan-NYA.

Semua ini diperlakukan hanyelah demi memperhambekan diri kepada-Nya sambil mengharap beroleh kenikmatan di akhirat kelak.

Begitu pula cinte kepade Rasul yg perlu didahulakn daripade cinte kpd makhluk2 lain spt ibu-bapa,kluarge dan pasangan demi mendapatkan syafaat al-kubra di akhirat kelak.

Perkare ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah mafhumnya "Didiklah anak2 kamu cinte kepade 3 perkare,Cinte kpd nabi mereka,cinte kpd ahli keluarge nabi,dan Cinte kpd Al-quran."

Segale perlakuan mesti dimulai dgn niat yg ikhlas kerane Allah,make begitulah juge apabile ngin bercinte dan berkasih sayang semate-mate kerane Allah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yg sepadan yg berakhir dijinjang pelamin.

Dan apabile ditakdirkan berpisah,jadikan lah perpisahan itu ikhlas kerane Allah supaye setiap pasangan pasrah dan redha dengan takdir bahawe tiade jodoh diantare mereka.

Bercinte pula bukan tiket utk menghalakan ape saje,yg haram tetap haram selagi belum di ijab kabulkan.Oleh itu,setiap pasangan wajib menjage batas pergaulan.Elakkan berpegangan tangan dan perkare2 yg remeh lain kerane ia akan mengundang kepade dose berat sikit demi sikit.

Tujuan bercinte bukan sekadar untuk berseronok dan sebagainye.Bahkan tetapi sebagai perintis kepade Muqaddimah perkenalan sebelum melangsungkan pernikahan atau walimah.:)

Selasa, Disember 21, 2010

Kalau ingin,belajarlah

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Mustahil semua benda yang kita inginkan didunia ini kita boleh dapat,tetapi tidak mustahil benda didunia ini kita boleh dapat jika kita berusaha lebih sedikit.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

bosan betol~~

Rahsia cinta-bahagiakan orang lain

Jika kite tgok zaman skrg ni...byk dah pasangan muda yg bercinta..tp kadangkala cinte diorang tu mcm men tukar baju je...sekejap...dan suka2 je utk bercinta dan berpisah(macam men sorok2 je)

Dan kali ni ak nk kongsi pendapat ak tentang care bercintelah...wlwpn org kate dan ak sedar ak ni xreti sgt dlm bab2 cintan-cintun ni...tp bedasarkan pengalaman dan ilmu yg ade (chewaahh!!)...ak nk share lah...bak kate omputih..sharing is caring..


Firstly,kite perlu bahagiakan orang lain untuk kit bahagiakan diri sendiri. Sebelum kite menerima cinta, kite kena berikan cinta terlebih dahulu pada insan lain.
Then,bila mereke menikmati cinta yang kite beri, sebagai balasan mereka akan memberikan cinta mereke pula kepada kite. Akhirnya, kite yang memberi cinta pada awal tadi sekarang ini sudah menerima cinta.
Proses ini berlaku mengikut hukum sebab dan akibat. Setiap perbuatan kite mndatangkan kesan tersendiri.
Usah terlalu fokus pd diri kite, sebaliknya fokus pd insan lain. Dalam menjalani perhubungan cinta, kite tidak boleh terlalu pentingkan hati kite, perasaan kite, diri kite.Dengan erti kate lain,jgn terlalu ego.Kadangkala kite perlu mengalah untuk mengukuhkan sesebuah ikatan,kemudian barulah kite berbincang secare slowtalk dengan pasangan kite.
Tak perlu terlalu harap pasangan kite tu akan ambil berat selalu pasal diri kite. Apabila kite ambil berat dirinya, secara tak langsung die akan buat hal yang sama.
Bahagiekan orang lain dulu, kite akan turut bahagia dibuatnye.

Renungan

"PERTAMA telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelal ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.- Imam Ghazali-"



After ak bace ayat diatas yg dipetik dari buku karangan imam ghazali,aku pn terfikir....selamatkah ak dari azab kubur dan azab akhirat???sedangkan diri ak sentiase di selubungi hitamnya dosa2 yg ak sendiri lakukan

Dari sini,dapat ak simpulkan...hidup di dunia ni hanyelah tempat singgahan sementare...di dunielah tempat kite menabur benih amalan,menuai dan menyimpan pahale amalan untuk bekalan hidup diakhirat...dan amalan itulah yg perlu kite persembahkan untuk "spotcheck" di dalam kubur...dan dengan amalan itulah kite hendak atau tidak,perlu mempersembahkan amalan kita kepada-Nya rabbul Jalil.

Orang yang kerap melakukan dosa itu sentiasa resah gelisah, sehingga sering timbul seruan fitrah dalam hatinya, "Sampai bilalah aku mahu hidup begini." Sama ada seseorang itu baik atau tidak, Allah sentiasa akrab bersamanya. Yang memisahkan di antara keduanya hanyalah sebuah pintu yang bernama TAUBAT.

Sama2 kita renungkan

Cinta facebook





Kata guru ku "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran."


Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara tersebut merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda mengakuinya juga.


Namun sebagai penuntut ilmu di salah sebuah ipg,kewangan bukanlah satu masalah besar bg saya..sebab elaun memg diberi tiap-tiap bulan...dan selalu mencukupi bagi diri saya...


Tetapi 4 masalah lain terus membelenggu kebanyakan mahasiswa..saya juga mengakuinya..


Masalah ke-2,MALAS!..memg menjadi satu masalah apabila malas sentiase ade dalam diri...lagi2 bila saya belum mendapat kerja atau assignment utk dibuat..kadang saya pun menangguh utk menyiapkan assgmnt sampai sudah suntuk...baru nak gopoh gapah nak menyiapkannya..


masalah ke-3,SYAHWAT!.. Ini yang ingin saya kupaskan. Insya Allah, semoga apa yang saya ingin sampaikan dapat difahami oleh anda sekalian.



Putik-putik Cinta di Facebook
Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan.
Adakah itu normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"
Apa pendapat anda?
Saya akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu Facebook walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.
Terutama bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu hidup saya terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat diluar syarie.
Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook
Saya hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta di Facebook".
Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah putus cinta mengwar-warkan perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta yang berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single.
Lalu wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mendengar masalah wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya berdasarkan minda yang mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini padahnya bila meluahkan perasaan melalui Facebook.
Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang". Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.
Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI!
Nilai Harga Diri
Adakah begitu rendah martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi sehinggakan kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di Facebook atau bermula dengan pop-up chat di Facebook?
Namun bila kita berjumpa, terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan pilihan hati kita. Terus cinta yang berputik di Facebook hilang begitu sahaja. Adakah itu cinta?
Banyak artikel yang menerangkan mengenai ikhtilat diluar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai setinggi mana nilai diri anda.
Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta".
Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?
Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya.
Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:
"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".
[HR Tarmizi & Ibn Majjah]
Penutup
Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya cintai bahawa bukan cinta jika asasnya Facebook dan nilai diri anda wahai cintaku.
Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sudah terlajak bercinta di Facebook, maka cepat-cepat betulkan cinta anda.
Jangan cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan saya lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan cinta keredhan-Nya. Insya Allah!
Salam Ingatan dari saya