Rabu, Mac 23, 2011
Agama itu melangsungkan kebahagiaan antara insan.
ditaip oleh Razak Abdullah at 9:20 PG 0 comments
Isnin, Mac 21, 2011
Warkah ke syurga
Assalamualaikum,Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Seiring kutitipkan doa agar kita semua berada dibawah payungan rahmat dan Hidayahnya yang Maha Esa,
Dalam kekalutan dunia pada ketika ini,Daku berharap agat Allah mengampunkan dosa kita semua,
Dalam keadaan manusia tidak lagi takut pada tuhannya,
Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara hak dan yang batil,
Dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara pahal dan dosa,
Moga-moga doa yang selalu kita mohon dimakbulkan oleh-Nya,
Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya,
dan kadang kala kita ingat kepadaNya,
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya,
Buat permata Islam yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi,
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama tetapi ia adalah cara hidup kita,
Sama ada cara kita berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,atau dengan erkataan yang lebih mudah,bermula kehidupan kita dari bangun tidur hinggalah kita tidur kembali,
Semuanya Allah telah gariskan untuk kita,Hatta daripada sebelum kita lahir sehinggalah kita dimasukkan kedalam liang lahad,
Kita lalai dengan kehidupan kita,sehinggalah kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita,
Sehingga kita lupa Allah tuhan yang esa sedang memerhatikan kita,
Kita boleh mengitung usia kita yang telah kita gunakan,tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang tinggal,
Persoalannya,bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung didalam badan kita sudah kita habis digunakan,
Setakat ini sahaja nukilan ku buatmu,
Ku mohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu,
tetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud melukaimu,
Semoga dirahmati Allah selalu,
Bertemu lagi kalau tidak didunia,Insya Allah ditaman syurga nanti,
Wassalam...
ditaip oleh Razak Abdullah at 6:59 PTG 0 comments
Selasa, Mac 15, 2011
Istikharah,Mimpi dan Gerak Hati
Kes 1
Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi.
Kes 2
Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah.
Kes 3
Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.
Masalah Istikharah
1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به
Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمرا قال اللهم خر لي واختر لي
Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."
Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)
2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah
Pertama:
Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:
Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)
Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut
Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.
Kedua :
Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :
Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)
Ketiga :
Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :
Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.
Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.
Keempat :
Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.
Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.
Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.
Kelima :
Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.
Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.
Wallahua'lam.
Lewat kebelakangan ini, ramai yang meminta pandangan ana melalui permasalahan ISTIKHARAH atas urusan jodoh. Moga artikel ini ada manfaatnya kepada pembaca. Insya Allah.
ditaip oleh Razak Abdullah at 8:43 PG 0 comments
Tautan hati
“ Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.”
ditaip oleh Razak Abdullah at 8:32 PG 0 comments
Isnin, Mac 07, 2011
Zaman kita ini
Kita kata zaman kita ini penuh keburukan,
Sedangkan keburukan itu ada pada diri kita sendiri,
Kitalah yang mencipta keburukan itu,
Kita mencela zaman yang tidak berdosa itu,
Jika ia boleh berkata-kata nescaya ia akan balikkan kecelaan itu pada kita,
Serigala pun tidak akan makan daging serigala yang lain,
Namun kita manusia sanggup membunuh secara terang-terangan saudara kita,
Masya Allah~
ditaip oleh Razak Abdullah at 8:50 PG 0 comments
Kita tidak bersendirian dalam sunyi
Dalam kitab ZAWAJIR ‘AN IQTIRAF AL KABAIR, Berkata Abdullah bin Zaid (seorang ahli kasyaf) :
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ قَالَ : غَرَّنِي الْقَمَرُ فَمَرَرْت فِي الْمَقَابِرِ فَإِذَا أَنَا بِرَجُلٍ قَدْ خَرَجَ مِنْ قَبْرٍ يَجُرُّ سِلْسِلَةً فَإِذَا رَجُلٌ آخِذٌ بِالسِّلْسِلَةِ فَجَذَبَهُ حَتَّى رَدَّهُ إلَى قَبْرِهِ قَالَ فَسَمِعْته يَضْرِبُهُ وَهُوَ يَقُولُ : أَلَمْ أَكُنْ أُصَلِّي أَلَمْ أَكُنْ أَغْتَسِلُ مِنْ الْجَنَابَةِ أَلَمْ أَكُنْ أَصُومُ ؟ قَالَ : بَلَى ، وَلَكِنَّك كُنْت إذَا خَلَوْت بِالْمَعَاصِي لَمْ تُرَاقِبْ اللَّهَ تَعَالَى .
Di bawah cahaya bulan yang menerangiku, aku berjalan menyusuri sebuah kubur. Tiba-tiba aku lihat seorang lelaki keluar dari kuburnya mengheret rantai. Kemudian kelihatan seorang lelaki lain menarik kembali lelaki itu ke dalam kubur.
Setelah itu aku dengar lelaki itu dipukul sambil ia meneriak “ bukankah aku telah mendirikan solat, bukankah aku telah mandi janabah, bukankah aku telah mengerjakan puasa?.
Lelaki yang memukul menjawab “ Ya benar, tetapi sedang engkau bersendirian melakukan pelbagai maksiat engkau menyangka tidak dilihat oleh Allah”.
ditaip oleh Razak Abdullah at 8:31 PG 0 comments
Mana mungkin
Ya Allah!
sesungguhnya hambamu ini tidak dapat menerima khabar itu.
Engkau kuatknlah hatiku ini,Kalau ini adelah satu pengajaran buatku dari-Mu.
Maka aku terima dengan redha dan sabar dengan segala ketentuan-Mu,
Tidak ada satu pun perkara yang terjadi tanpa izin-Mu,
Tidak ada satu perkara pun yg terjadi tanpa sebab dan munasababnya,
Janganlah buat hatiku sedih dan kecewa kerana wanita ya Allah~
Aku sudah cukup serik kerana menjadi zalim pada diriku,
Kuatkanlah diriku dengan iman yang teguh,
Ya Allah,andai suatu hari nanti engkau hantarkan permaisuri dalam hidupku,
Berilah yang tercipta dari rusukku,bukan dari kaki utk dialasi,
Bukan dari kepala utk dijunjung,namun dekat di hati untuk dikasihi.
Moga sentiasa dekat dengan diriku,wahai wanita istimewa~
ditaip oleh Razak Abdullah at 8:12 PG 0 comments
Ahad, Mac 06, 2011
Wanita solehah
ditaip oleh Razak Abdullah at 8:20 PTG 0 comments
Inilah kekasih
ditaip oleh Razak Abdullah at 4:23 PG 0 comments
Bidadari ku
Salam penghormatan buat bakal bidadari hidupku insyaAllah,
Aku minta maaf kerana aku masih belum sempurna di mata dan hatimu,
Aku menulis catatan ini dengan sepenuh hati dengan berharap kau akan bace satu hari nanti,
Aku merasakan debaran hati yang tidak terhingga bila bersua dan bertemu denganmu,
Dengan jujur aku luahkan,aku merasa malu untuk berkata-kata denganmu,
Sejak sem 1,aku mengaku memang aku tak pernah tegur kau walaupun kita sekelas,
Aku tidak akan menegurmu kecuali bende penting yang kurasakan ku perlu bercakap denganmu,
Aku minta maaf,bukan kerana aku takut,bukan kerana aku dayus,
Tetapi kerana aku ingin menjaga ikatan ini biar bunga2 cintaku tidak habis dimamah masa,musnah dimamah usia,
Aku inginkan bakal-bakal hari indah menjadi yang terindah buat aku,
Dan seiring dengan itu,aku mahu menjaga syariat kerana menjaga dalam pergaulan adalah penting untuk satu perhubungan kekal,
Sekali lagi aku minta maaf,andai aku ada membuat hatimu sakit walaupun tanpa aku sedari,
Salam sayang buat bakal bidadariku :)
ditaip oleh Razak Abdullah at 3:15 PG 0 comments
Khamis, Mac 03, 2011
Pandanglah yang halal,jagelah pandanganmu
- Rosak hati
- Lupa Ilmu
- Terima bencana
- Lupa pada Allah dan Akhirat
- Hilang hak syarak pada mata yang mengintip rumah orang
- Membebaskan diri dari rasa kekesalan
- Mewarisi cahaya di dalam hati dan memberi seri pada wajah
- Mewarisi firasat yang betul.
- Dibuka pintu ilmu
- Mewarisi kekuatan hati dan tidak goyah.
- Melahirkan rasa damai dan kegembiraan
- Menyelamatkan diri dari tawanan hawa nafsu
- Menutup satu pintu dari pintu neraka jahannam.
- Mencerdaskan akal dan menguatkannya
- Mengelakan hati dari godaan syahwat dan kelalaian
- Mendapat cinta Allah
- MewarisiIlmu Hikmah
Kata ustazku : "Kalau ente jaga mata, nanti Allah kurniakan ente wanita yang pasti menjadi idaman ente"
ditaip oleh Razak Abdullah at 6:17 PG 0 comments