BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
 hamba Allah sdg insaf

Selasa, Mei 10, 2011

Wanita paling anggun didunia (Khas utk yang bergelar wanita)



Semua kejadian,betapa pun parahnya,
pasti berhubungan langsung dengan kelapangan,
dalam waktu yang dekat.


Anda,dengan kecantikan yang anda miliki,ternyata lebih cantik daripada matahari.Dengan akhlak anda,anda lebih harum dari minyak wangi ,dengan sikap tawadhu' anda,anda lebih tinggi purnama. Dan dengan cinta anda,anda lebih segar daripada rintik gerimis.Oleh itu,peliharalah kecantikan anda dengan keimanan,keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak,tetapi dua rakaat menjelang subuh,dahagamu ditengah hari panas kerana puasa,derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah,air mata taubat,sujud panjang diatas hamparan sajadah dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda,nescaya anda akan menjadi wanita tercantik didunia,meskipun pakaian anda bertampal.Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda,nescaya anda akan menjadi wanita paling anggun didunia,meskipun anda tidak berkasut.Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita yang bukan muslim,yang suka memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila,kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:"Yang tidak akan menderita bakarnya melainkan orang yang sungguh celaka"(Surah Al-Lail:15)

0 comments: